Michael Backman Ltd meduduki keseluruhan tingkat dua di dalam sebuah bangunan di central London, di dalam daerah West End yang sungguh berprestij.

Galeri kami adalah pakar di dalam barang-barang antik dari Asia, termasuk Indonesia dan Malaysia, serta negara-negara Asia lain seperti China, India dan
negara-negara Islam. Kami memperolehi dan membekalkan lukisan moden dari Asia Tenggara (lihat
sini), barang-barang seni yang lain dari Asia Tenggara
(lihat
sini dan sini) dan juga pelbagai alat-alat tembaga Melayu (lihat sini).

Galeri kami menjual kepada muzium-muzium dan pengumpul-pengumpul swasta dari seluruh dunia, termasuk di Asia.

Kebanyakan barang-barang tradisional Melayu dan Indonesia menjadi semakin sukar ditemui dan didapati sekarang di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Tetapi
Michael Backman Ltd memiliki banyak barang-barang tradisional sebegini di dalam koleksinya yang sungguh extensif.

Semua barang-barang seni kami adalah bersumber dari UK, Europe dan US. Kebanyakannya adalah daripada koleksi-koleksi lama yang dikumpulkan di
dalam era penjajahan. Ini bermaksud setiap barang seni kami memiliki iktiraf tempat asal yang bagus. Kami tidak menjual barang-barang palsu atau salinan.

Semua barang-barang seni yang dipaparkan di dalam website kami adalah untuk dijual. Semua barang-barang seni adalah dipamerkan di dalam galeri kami
di central London.

Jikalau anda berminat dengan mana-mana barang seni kami, sila memaklumkan kami melalui email dan memasukkan nombor inventori dalam pertanyaan
anda. Kami akan memberitahu harga-harga dan maklumat lain yang berkenaan yang dimintai anda.

Pembayaran boleh dilakukan melalui transfer bank atau kad kredit (Visa atau MasterCard). Kami sentiasa menghantar barang-barang seni yang telah dijual
ke Asia dengan menggunakan perkhidmatan Federal Express. Semua barang-barang seni yang dihantar adalah berinsurans.

Sebahagian besar daripada website kami adalah dalam bahasa Inggeris, tetapi kami mengalu-alukan email anda dalam bahasa Inggeris atau bahasa
Malaysia/Indonesia.

Galeri kami menghantar newsletter bulanan secara email. Ini merupakan cara yang berkesan untuk memaklumkan pelanggan-pelanggan kami mengenai
semua barang-barang seni yang terbaru dalam bulan tersebut. Jikalau anda berminat untuk mendapatkan newsletter bulanan kami, sila membekalkan
butir-butir anda di
sini (dalam bahasa Malaysia/Indonesia) atau di sini (dalam bahasa Inggeris).

Terima kasih atas menunjukkan minat anda kepada Michael Backman Ltd.
Michael Backman Ltd
Seni Islam, India, Cina, Himalaya dan Asia Tenggara